
Kad Kahwin Murah Klang

Terma Dan Syarat
PEMBAYARAN
-
Pembayaran hendaklah dilakukan secara Tunai, Bank Transfer, Cek atau ATM Cash Deposit dalam Ringgit Malaysia (RM).
-
Bagi pelanggan yang membayar secara Cek, printing hanya akan dimulakan setelah cek tersebut dijelaskan kepada tunai.
-
Pelanggan yang bersetuju utk membuat tempahan akan menerima invois dan bayaran Deposit Pertama sebanyak RM 100.00 hendaklah dibuat sebelum proses rekaan dilakukan.
-
Proses cetakan tidak akan dimulakan sebelum pihak kami tidak menerima Deposit Kedua (60%) daripada pelanggan.
-
Baki Bayaran dan bayaran khidmat courier ( jika ada ) perlu dijelaskan sebelum produk dihantar.
PROSES REKAAN
-
Proses rekaan kad kahwin sedia ada mengambil masa 4 hari bekerja, pembetulan 2 hari bekerja.
-
Proses rekaan kad baru ( custom ) mengambil masa 5 hari bekerja, pembetulan 2 hari bekerja.
PROSES CETAKAN
-
Proses cetakan akan dilakukan berdasarkan draf terakhir yang dipersetujui oleh pelanggan.
-
Pelanggan dinasihatkan supaya menyemak kesemua butir peribadi dalam draft terakhir sebelum memasukkan deposit kedua bagi memulakan proses percetakan.
-
Pihak kami berhak menolak sebarang pembetulan setelah deposit dimasukkan sekiranya proses percetakan telah dimulakan. Oleh itu semakan terakhir sangat penting sebelum deposit dibuat.
-
Tempoh siap akan dimaklumkan kepada anda sebelum memulakan proses cetakan. Anda boleh menyemak status kad anda dengan dengan menelefon pihak kami.
-
Proses cetakan kad kahwin mengambil masa 5-6 hari bekerja dari tarikh akhir artwork disahkan dan setelah deposit kedua dijelaskan.
-
Proses cetakan box mengambil masa 10 hari bekerja dari tarikh akhir artwork disahkan.
-
Proses cetakan banner & bunting 4 hari bekerja.
-
Proses cetakan lain-lain produk kertas 7 hari bekerja
-
Kami tidak akan melayan sebarang desakan untuk menyiapkan cetakan awal dari jumlah hari bekerja yang ditetapkan.
PENGHANTARAN
-
Produk yang telah siap ditempah boleh diambil di tempat kami.
-
Bagi pelanggan yang berada di luar Klang dan Shah Alam yang ingin menggunakan khidmat courier, bayaran tambahan akan dikenakan berdasarkan bayaran courier. Bayaran sepenuhnya perlu dijelaskan bersama-sama bayaran courier sebelum pihak kami membuat penghantaran.
-
Pihak kami akan mengambil gambar dan emel kepada anda terlebih dahulu sebagai bukti printing telah siap dan packaging telah dilakukan. Anda digalakkan untuk mengira kad yang diterima samada melalui courier atau pengambilan sendiri.
-
Sekiranya kad yang diberi tidak mencukupi sebagaimana tempahan, pihak kami berhak untuk menambah bilangan kad tersebut atau memulangkan kembali wang mengikut nilai kad yang tidak mencukupi.
-
Untuk penghantaran, kami mengambil masa 2-3 hari untuk sampai ke destinasi anda.
PEMBATALAN TEMPAHAN
Pembatalan tempahan boleh dilakukan sebelum cetakan dibuat. Namun deposit pertama yang telah dijelaskan tidak akan dipulangkan, ini kerana ia melibatkan waktu kerja dan menggunakan tenaga kerja untuk draft rekaan kad. Sekiranya printing telah dilakukan, pembatalan tempahan tidak diterima.